Cari:
Presiden Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Baharu Myanmar
2016-03-17 11:03:26 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden China, Xi Jinping menghantar perutusan tahniah kepada Presiden Myanmar baharu, Htin Kyaw pada 15 Mac lalu.

Dalam perutusan tahniah tersebut, Presiden Xi menyatakan bahawa beliau yakin rakyat Myanmar pasti dapat mencapai kemajuan yang lebih besar dalam pembinaan dan pembangunan negara di bawah pimpinan Presiden Htin Kyaw.

Xi berkata, China dan Myanmar merupakan negara jiran yang akrab dan persahabatan tradisional "Pauk-Phaw" yang kukuh telah dijalinkan sejak sekian lama. Usaha memperluas kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang selaras dengan hasrat bersama rakyat kedua-dua negara. China bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan baharu Myanmar demi mengekalkan kestabilan dan pembangunan perkongsian strategik komprehensif China dan Myanmar, sekali gus membolehkan hasil berkenaan dinikmati oleh semua rakyat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China