Cari:
PM Li Bakal Hadiri Sidang Tahunan BFA 2016
2016-03-17 13:50:46 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Perdana Menteri China, Li Keqiang akan menghadiri dan menyampaikan ucaptama dalam sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) 2016 yang bakal diadakan di Boao, Hainan pada 24 Mac ini.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang mengumumkan demikian di Beijing hari ini.

Sidang tahunan BFA 2016 kali ini dihadiri oleh pemimpin-pemimpin dari Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand dan Myanmar yang bakal menghadiri Mesyuarat Pemimpin Kerjasama Sungai Lancang-Mekong yang pertama, selain turut dihadiri Perdana Menteri Nepal, Khadga Prashad Oli, Perdana Menteri Lithuania, Algirdas Butkewiczius, Perdana Menteri Belgium, Charles Michel, Timbalan Perdana Menteri Indonesia, Jusuf Kalla, Timbalan Presiden Korea Selatan, Yoo ll-ho dan Timbalan Perdana Menteri Rusia, Arkaji Dvorkovich serta tokoh-tokoh politik negara asing yang lain.

Atas undangan PM Li, rakan sejawatnya dari Nepal dan Belgium juga akan mengadakan rangka lawatan rasmi ke China sempena BFA 2016.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China