Cari:
Singapura Rugi USD 500 Juta Ekoran Pembakaran Hutan di Indonesia
2016-03-17 11:01:48 CRI Cetak

Asap tebal kesan daripada aktiviti pembakaran hutan secara terbuka di Indonesia pada tahun 2015 telah menyebabkan Singapura mengalami kerugian lebih USD 507 juta.

Demikian dinyatakan Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura, Masagos Zulkifli ketika diwawancara Saluran Berita Asia (CNA) semalam.

Menurut beliau, aktiviti pembakaran hutan secara terbuka di Indonesia mengakibatkan negara jirannya termasuk Singapura diselubungi jerebu. Singapura pernah berulang kali meminta kerajaan Indonesia memberikan senarai nama individu dan syarikat yang bertanggungjawab atas kebakaran tersebut.

Tambah beliau lagi, walaupun pihaknya telah mengetahui lokasi utama kebakaran itu melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO), namun kerjasama mesti dijalankan antara kerajaan kedua-dua negara.

Menteri Perhutanan dan Alam Sekitar Indonesia, Siti Nurbaya Bakar baru-baru ini menyatakan bahawa isu tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat kerajaan dan pihaknya merancang untuk mendakwa 19 syarikat yang terlibat ke mahkamah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China