Cari:
Malaysia Hentikan Rancangan Kenaikan Bayaran Visa terhadap Pelancong China
2016-03-17 15:36:36 CRI Cetak

Kenaikan bayaran urusan visa yang dilaksanakan oleh Ultra Kirana Sdn. Bhd. (Ultra Kirana), sebuah syarikat swasta yang dilantik oleh kerajaan Malaysia dalam pengendalian urusan visa pelancong dan pemohon e-Visa di China dihentikan berikutan terdapat kontroversi dan rasa tidak puas hati daripada pelbagai pihak.

Akhbar Nanyang Siang Pau Malaysia melaporkan semalam, pusat pengendali visa Malaysia di China itu merancang untuk menaikkan bayaran urusan visa ke Malaysia daripada 120 yuan (RM75) kepada 400 yuan (RM251) untuk kemasukan sekali dan daripada 220 yuan (RM140) kepada 500 yuan (RM313) untuk kemasukan pelbagai kali bermula 15 Mac lalu.

Namun, tindakan tersebut terhenti secara tiba-tiba dan tarikh baharu pelaksanaannya akan dimaklumkan kemudian. Menurut sumber lain, kenaikan bayaran visa dimansuhkan hanya di Beijing, namun kenaikan tersebut tetap dilaksanakan di Shanghai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China