Cari:
LMC, Wadah Baharu Kerjasama Subkawasan Mekong
2016-03-18 13:16:08 CRI Cetak

Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) pertama yang bakal membuka tirainya di Sanya, provinsi Hainan pada 23 Mac depan akan menjadi wadah baharu kepada China, Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam untuk menjayakan kerjasama subkawasan demi pembangunan bersama.

Sungai Mekong, yang juga dikenali sebagai Sungai Lancang di China, berpunca di Gunung Tanggula, provinsi Qinghai dan mengalir merentasi enam buah negara di Asia dengan panjangnya 4,480 kilometer. Jaringan sungai tersebut merupakan urat nadi perekonomian penduduk setempat sepanjang kawasan lembangan berkenaan.

Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin dalam sidang media semalam memaklumkan, inisiatif kerjasama Lancang-Mekong (LMC) yang disarankan Perdana Menteri Li Keqiang dalam Sidang Kemuncak China-ASEAN pada November 2014 telah mendapat sahutan yang positif daripada negara-negara di kawasan Sungai Mekong. Semua pihak memuktamadkan Rangka Kerja "3 campur 5", antaranya "3" merujuk kepada tiga tonggak utama yang merangkumi kerjasama dalam keselamatan politik, ekonomi dan pembangunan lestari; manakala "5" bererti lima arah utama kerjasama dalam bidang kesalinghubungan, kapasiti pengeluaran, ekonomi rentas sempadan, sumber air, pertanian dan pembasmian kemiskinan.

Liu menjelaskan, tiga tonggak utama yang terkandung dalam insiatif LMC tersebut sepadan dengan tiga tonggak utama pembinaan Komuniti ASEAN, sekali gus merupakan penggerak yang dapat memecut proses pembinaan komuniti itu ke arah integrasi serantau yang lebih kukuh. Beliau berjanji, China yang mempunyai kelebihan dalam pembinaan infrastruktur dan pembasmian kemiskinan akan memberi bantuan berupa wang atau teknologi serta perkhidmatan kepada negara-negara di Sungai Mekong. Selain itu, semua negara tersebut juga merupakan rakan penting yang terlibat dalam usaha menjayakan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) China serta program kerjasama dalam kapasiti pengeluaran.

Mengenai agenda mesyuarat berkenaan, Liu Zhenmin mendedahkan, majlis pelancaran inisiatif LMC akan diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Li Keqiang dan pemimpin-pemimpin dari Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam. Ketika itu, PM Li akan membentangkan pandangan pihak China terhadap hala tuju perkembangan inisiatif LMC itu, menekankan keterdesakan meningkatkan kerjasama antara enam negara, dan mengumumkan beberapa tindakan penting untuk menjamin kelancaran kerjasama berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China