Cari:
Malaysia Sokong Usaha Banteras Kegiatan Militan
2016-03-18 10:41:21 CRI Cetak

Kuala Lumpur menyokong sepenuhnya sebarang usaha membanteras kegiatan militan. Bagaimanapun, usaha berkenaan tiada kaitan dengan sebarang operasi ketenteraan di Yemen.

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein menegaskan, penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kini ditempatkan di Riyadh, Arab Saudi adalah bagi tujuan proses evakuasi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di Yemen.

Sehingga kini proses evakuasi rakyat Malaysia yang diterajui Majlis Keselamatan Negara dengan kerjasama pelbagai agensi, berjaya membawa pulang 673 orang melalui 4 siri penggiliran melibatkan dua pesawat C130.

31 pegawai dan 56 anggota lain-lain pangkat kini masih berada di Prince Sultan Air Based Riyadh, Arab Saudi yang digunakan sebagai pangkalan operasi hadapan. Ini untuk tujuan siap sedia bagi evakuasi rakyat Malaysia yang masih berada di Yemen.

Sehingga bulan lalu, masih terdapat 398 rakyat Malaysia berada di Yemen. Situasi di negara itu pada masa ini masih bergolak dan tidak menunjukkan sebarang tanda yang positif keamanan.

--RTM

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China