Cari:
TPM: Letupan Bom di Brussels sebagai Peringatan
2016-03-25 14:57:00 CRI Cetak

Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kejadian letupan bom di Brussels, Belgium sebagai peringatan kepada rakyat Malaysia dan seluruh dunia bahawa keganasan tidak akan berakhir selagi tiada usaha yang bersungguh-sungguh untuk membanterasnya.

Sambil mengutuk sekeras-kerasnya insiden berdarah di Brussels pada Selasa lalu yang mengorbankan 34 orang, Ahmad Zahid berkata, Malaysia terkejut dan amat sedih dengan serangan pengganas itu.

Menurut beliau, Malaysia sentiasa bersama-sama dengan masyarakat di Belgium dan menyokong sebarang tindakan yang bakal diambil bagi memburu suspek yang bertanggungjawab terhadap insiden berkenaan, sekali gus mengheret mereka ke muka pengadilan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China