Cari:
MH370: Mesyuarat Khas Tiga Negara dalam Masa Terdekat
2016-03-27 13:54:19 CRI Cetak

Mesyuarat khas melibatkan tiga negara, iaitu Malaysia, China dan Australia akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan perkembangan terkini penemuan dua serpihan pesawat yang didakwa milik Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang ditemukan di Mozambique, selatan Afrika.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Jailani Johari yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Misi Pencarian MH370 berkata, dua serpihan itu telah dihantar ke Australia untuk diperiksa oleh pakar penerbangan ketiga-tiga negara tersebut. Sekarang ini kerjasama antara tiga negara masih berterusan, dan kepastian dan kesahihan mengenai serpihan berkenaan milik MH370 perlu dilakukan.

Pada 24 Mac lepas, Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan, dua serpihan yang dijumpai di Mozambique itu hampir pasti milik pesawat MH370 kerana kedua-dua bahagian itu konsisten dengan komponen pesawat Boeing 777.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China