Cari:
Dialog Datuk Bandar China-ASEAN Capai Persetujuan
2016-03-28 14:34:58 CRI Cetak

Dialog Datuk Bandar China-ASEAN yang bertemakan "Kerjasama Setempat-Pemacu Komuniti Berkongsi Nasib ASEAN" diadakan di Boao, provinsi Hainan China semalam.

Pemimpin dari 16 provinsi atau bandar China dan negara-negara ASEAN berbincang tentang pelbagai topik dan menandatangani Kenyataan Bersama Dialog Datuk Bandar China-ASEAN.

Para perwakilan berpendapat, kerjasama setempat merupakan perkara asas dan paling praktikal, berkait rapat dengan kepentingan rakyat dan penyokong utama kepada hubungan peringkat negara. Kerjasama setempat merupakan pencapaian bersama dan pemacu kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib China dan ASEAN.

Wakil China yang menghadiri forum itu adalah dari provinsi Hainan, bandar Chongqing, Tianjin, provinsi Shaanxi, bandar Nanjing, bandar Hangzhou dan bandar Qingdao, manakala wakil ASEAN pula dari Bandar Seri Begawan, Brunei, Kompong Cham dan Phnom Penh Kemboja, Bali Indonesia, Vientian Laos, Pulau Pinang Malaysia, Yongon Myanmar, dan lain-lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China