Cari:
Hampir RM300 Juta Diperuntukkan Cari MH370
2016-03-29 11:33:48 CRI Cetak

Menurut Kementerian Pengangkutan Malaysia semalam, setakat Februari 2016, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan RM280.5 juta untuk mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Sejak pesawat MH370 terputus hubungan di kawasan selatan Lautan Hindi pada 8 Mac 2014, beberapa negara yang terlibat telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan perairan tersebut.

Serpihan sayap yang ditemukan di perairan Pulau Reunion pada Julai 2015 dikenal pasti milik MH370, manakala pada awal Mac tahun ini, serpihan sayap yang disyaki milik pesawat MH370 pula telah ditemukan di pesisir pantai di Mozambique.

Pada masa yang sama, penduduk Pulau Reunion sekali lagi menjumpai serpihan pesawat yang disyaki milik MH370.

Kedua-dua serpihan tersebut telah dihantar ke Australia untuk dianalisis.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai baru-baru ini menyatakan bahawa kedua-dua serpihan berkemungkinan besar adalah daripada pesawat MH370.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China