Cari:
Rundingan Isu Sempadan China-Vietnam Diadakan
2016-03-29 14:54:42 CRI Cetak

Rundingan peringkat tinggi tentang isu sempadan antara pasukan tentera China dan Vietnam kali ke-3 diadakan di Lang Son, Vietnam semalam.

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Pertahanan China, Chang Wanquan dan Menteri Pertahanan Vientam, Phung Quang Thanh turut menghadiri rundingan itu.

Naib Ketua Turus Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, Qi Jianguo menyatakan bahawa rundingan peringkat tinggi yang diadakan selama tiga tahun berturut-turut itu telah menjadi wadah penting dalam usaha menggalakkan persahabatan yang mesra antara pasukan tentera China dengan pasukan tentera Vietnam, selain membuka lembaran sejarah yang baharu.

Beliau berkata, China dan Vietnam bukan sahaja negara jiran yang bersahabat, malah terlibat dalam komuniti berkongsi nasib. China komited mengembangkan hubungan kejiranan yang baik dengan Vietnam dan menggalakkan hubungan perkongsian strategik komprehensif terus berkembang demi kebaikan rakyat kedua-dua negara.

Naib Menteri Pertahanan Vietnam, Nguyen Chi Vinh pula berkata, rundingan sempadan peringkat tinggi ini dapat memperkukuh kepercayaan politik, memperkukuh hubungan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara serta menyumbang demi membina garis sempadan yang damai, bersahabat, berkembang dan stabil untuk jangka masa panjang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China