Cari:
Draf Perlembagaan Baharu Thailand Dikemukakan
2016-03-30 11:53:08 CRI Cetak
Suruhanjaya Penggubalan Perlembagaan Thailand mengemukakan draf akhir perlembagaan baharu kepada Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha dan Majlis Pemeliharaan Keamanan dan Peraturan Negara semalam.

Pungutan suara akan diadakan pada bulan Ogos untuk memuktamadkan draf tersebut.

Draf baharu tersebut telah menambah bab "pembaharuan negara" yang merangkumi bidang politik, pentadbiran, perundangan, kehakiman, pendidikan, ekonomi, dan lain-lain.

Tujuan pembaharuan tersebut adalah untuk memelihara kedamaian, peraturan dan perpaduan, mengurangkan jurang perbezaan antara golongan miskin dengan golongan kaya serta menggalakkan rakyat menyertai proses pembangunan dan demokrasi negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China