Cari:
Tentera Filipina Tolak Bantuan Indonesia untuk Selamatkan Tebusan
2016-03-31 14:21:25 CRI Cetak

Pihak tentera Filipina menolak bantuan tentera Indonesia untuk menyelamatkan 10 anak kapal negara itu yang diculik oleh kumpulan militan Abu Sayyaf di Filipina semalam.Tegas mereka, Filipina berkemampuan untuk menyelamatkan tebusan.

Dilaporkan, sebuah bot yang bertolak dari Indonesia dengan membawa arang batu ke Manila telah diserang oleh kumpulan militan Abu Sayyaf di kawasan perairan selatan Filipina, 10 anak kapal Indonesia diculik.

Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu berkata, sekiranya Filipina mengemukakan permintaan, Indonesia bersedia untuk menghulurkan bantuan bagi menyelamatkan tebusan.

Namun, jurucakap tentera Filipina, Brigedier Je­neral Restituto Padilla pula menjawab, menurut Perlembagaan Filipina, negara itu tidak akan membenarkan kemasukan tentera negara lain, sekiranya tiada perjanjian.

Tegas beliau, pasukan tentera Filipina berkemampuan untuk melunaskan tugas mereka.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China