Cari:
Keselamatan Pantai Timur Sabah Terjamin
2016-03-31 16:51:51 CRI Cetak

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberi jaminan kawasan pelancongan di pantai timur Sabah adalah selamat untuk dikunjungi oleh pelancong.

Ujarnya, pasukan keselamatan sentiasa melakukan kawalan dan rondaan selama 24 jam bagi memastikan keselamatan termasuk di kawasan tarikan pelancongan berada pada tahap terbaik.

Semasa bercakap di Sandakan, Datuk Seri Mohamed Nazri berpandangan dalam usaha meningkatkan keyakinan pelancong bahawa mereka selamat untuk mengunjungi pantai timur Sabah, beliau selaku menteri bertanggungjawab perlu melihat sendiri lokasi pelancongan di kawasan berkenaan.

Pada lawatan enam harinya itu, beliau telah melawat beberapa lokasi pelancongan di Sandakan dan Kinabatangan. Antara kawasan itu, adalah Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo, Pulau Bakkungaan Kecil dan Selingan di Taman Pulau-Pulau Penyu selain Kampung Sukau serta Gua Gumantong di Kinabatangan.

--RTM 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China