Cari:
Industri Pelancongan Laut Indonesia Raih Pendapatan USD 4 Bilion
2016-04-01 14:59:10 CRI Cetak

Menteri Pelancongan Indonesia, Arief Yahya semalam berkata, prospek industri pelancongan laut negara itu adalah cerah dan dijangka akan meraih pendapatan mata wang asing sejumlah USD 4 bilion (RM 15.57 bilion) menjelang tahun 2019.

Menurut beliau, Indonesia akan terus menggalakkan pembangunan industri pelancongan laut.

Tambah beliau lagi, Indonesia mempunyai pantai terpanjang di dunia dan pemandangan laut yang pelbagai. Namun, oleh sebab kelemahan strategi pembangunan sejak sekian lama, tarikan dan infrastukrur di beberapa tempat pelancongan kurang maju.

Negara itu akan mempromosi pelancongan laut, membina 10 zon pelancongan laut yang baharu dan meningkatkan sokongan dasar dan latihan tenaga profesional.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China