Cari:
MIDA Tingkat Usaha Tarik Firma China Beroperasi Di Malaysia
2016-04-02 15:27:01 CRI Cetak

Pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di China kini berusaha keras menarik minat syarikat China membuka pejabat masing-masing di Malaysia menerusi insentif 'Hab Utama'.

Konsul pelaburan MIDA, Simon Lee Yew Weng berkata pelaburan langsung asing keluar dari China semakin meningkat di dunia manakala di ASEAN, kehadirannya semakin dirasakan.

Beliau berkata pelaburan China ke Malaysia semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk sektor perkilangan dan perkhidmatan.

Lee berkata Malaysia mempunyai hubungan rapat dalam bidang ekonomi, politik, budaya dan sosial dengan China dan oleh itu, MIDA yakin syarikat China akan berminat membuka pejabat di Malaysia dengan memanfaatkan insentif ini bagi memperluas perniagaan di Malaysia.

Beliau berkata perniagaan China di luar negara akan melaksanakan kepelbagaian seperti dalam pengurusan unit perniagaan, perancangan perniagaan strategik, perkhidmatan nasihat kewangan korporat, pengurusan hak harta intelektual serta pengurusan bakat.

--BERNAMA

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China