Cari:
Empat Anak Kapal Malaysia Diculik
2016-04-03 15:42:04 CRI Cetak

Selepas 136 hari insiden seorang tebusan rakyat­ Sara­wak dibunuh dan di­pen­g­­­gal kepalanya oleh anggota Abu Sayyaf, kumpulan militan ganas itu dipercayai melakukan penculikan terbaharu melibatkan empat anak kapal tunda warga tempatan berhampiran Pulau Li­gitan, Semporna, di Malaysia semalam.

Dalam kejadian antara pukul 6.15 hingga 6.40 petang kira-kira 108.54 kilometer di tenggara Tawau, sekumpulan lapan suspek berbaju hitam, bertopeng, membawa senjata api dan bertutur dalam bahasa Tagalog hanya menyasarkan warga tempatan Malaysia.

Ia memandangkan ketika kejadian terdapat sembilan anak kapal berada di atas kapal tunda Massive 6 yang terdiri daripada empat warga tempatan, tiga warga Myanmar dan dua warga Indonesia.

Bagaimanapun, lima warga asing itu dibebaskan dan ditinggalkan di atas kapal tunda terbabit.

--Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China