Cari:
Forum Singapura ke-2
2016-04-04 15:04:01 CRI Cetak

Forum Singapura ke-2 yang bertemakan "Asia dan Dunia-Berkongsi Peluang dan Kemakmuran" diadakan di Singapura pada 1 hingga 2 April lalu.

Forum itu dihadiri oleh hampir 300 orang hadirin termasuk Timbalan Perdana Menteri Singapura, Tharman Shanmugaratnam, Menteri Perdagangan Indonesia, Thomas Trikasih Lembong dan mantan Menteri Luar yang juga Presiden Persatuan Diplomasi Awam China, Li Zhaoxing.

Dalam ucapan pada forum tersebut, Li Zhaoxing berkata bahawa China dan AS mempunyai kepentingan bersama yang jauh lebih banyak daripada percanggahan pendapat dalam urusan Asia. Dalam pada itu, sinergi dan kerjasama juga lebih banyak daripada persaingan. Kedua-dua negara perlu mempertahankan hala tuju pembangunan hubungan kuasa besar model baharu dan berusaha mengurangkan salah faham, di samping meningkatkan persefahaman dan kepercayaan antara satu sama lain. Hubungan China-AS yang baik bakal memberi manfaat kepada negara-negara di rantau Asia Pasifik.

Tambah beliau, ASEAN tetap memainkan peranan utama dalam kerjasama serantau. Penubuhan Komuniti ASEAN pada tahun lepas merupakan pencapaian yang amat penting. Sebagai jiran dan rakan yang baik, China mengutamakan kerjasama dengan negara-negara ASEAN dalam pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), perdagangan dan kerjasama maritim. China juga bersedia bekerjasama dengan ASEAN untuk memelihara kedamaian dan ketenteraman di rantau Asia Pasifik demi pembangunan dan kemakmuran bersama.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China