Pengusaha pelancongan dan wartawan Malaysia baru-baru ini dijemput untuk mengadakan tinjauan terhadap program pelancongan di sepanjang Lebuh Raya Kunming-Bangkok yang menghubungkan Thailand, Laos dan China di provinsi Yunnan.
Lebuh Raya Kunming-Bangkok itu sepanjang 1,880 kilometer. Terdapat banyak destinasi pelancongan yang terkenal di sepanjang lebuh raya tersebut yang boleh diterokai untuk menarik kunjungan pelancong.
Thailand merupakan sumber pelancong yang paling besar bagi provinsi Yunnan. Jumlah pelancong Thailand yang melawat ke Yunnan melebihi 500 ribu orang pada tahun 2015. Manakala, pelancong dari Malaysia yang melawat ke provinsi tersebut pula mencatat 258 ribu orang, iaitu 5% daripada seluruh pelancong asing.