Cari:
Filipina, AS Lancar Latihan Ketenteraan Bersama
2016-04-05 11:34:37 CRI Cetak

Filipina dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan latihan ketenteraan bersama "Bahu-membahu 2016" di kem tentera Filipina di Emilio Aguinaldo semalam.

Latihan ketenteraan tersebut, yang akan berakhir pada 15 April ini, disertai lebih 4,900 tentera AS dan kira-kira 3,700 tentera Filipina serta 80 tentera Australia.

Jepun turut menghantar lebih 80 orang pemerhati untuk menyaksikan latihan tersebut.

Menurut pihak tentera Filipina, latihan ketenteraan bersama yang merupakan acara rutin tahunan itu memberikan tumpuan kepada kerjasama pertahanan, usaha menangani bencana dan operasi menyelamat.

Namun, latihan ketenteraan tersebut telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat umum.

Pertubuhan Buruh "Gerakan 1 Mei" mendakwa latihan itu bukan bertujuan untuk membantu mempertahankan kedaulatan Fiilpina, tetapi adalah untuk melindungi kepentingan AS dalam geopolitik dan ketenteraan.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China