Cari:
Indonesia Umum Darurat Lebih Awal Tangani Pembakaran Hutan
2016-04-05 11:37:44 CRI Cetak

Kerajaan Indonesia akan mengumumkan keadaan darurat lebih awal pada tahun ini bagi menangani masalah pembakaran hutan di negara itu yang menyebabkan jerebu teruk.

Tindakan tersebut bagi memastikan operasi memadamkan kebakaran dapat dijalankan dengan lebih pantas dan berkesan.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Penyelarasan Hal Ehwal Politik, Perundangan dan Keselamatan Indonesia, Luhut Binsar Panjaitan baru-baru ini.

Kegiatan pembakaran hutan di Indonesia sering menyebabkan kebakaran hutan yang tidak terkawal kerana dijalankan di kawasan tanah yang berkarbon pada cuaca yang kering.

Atas cadangan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), kerajaan Indonesia telah menubuhkan agensi khas pada awal tahun ini bagi menangani masalah tersebut.

Namun, agensi itu dianggap sukar untuk mengambil tindakan yang berkesan akibat kekurangan dana, kakitangan dan kuasa yang mencukupi. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China