Cari:
Transformasi Ekonomi China Bermanfaat bagi ASEAN
2016-04-06 14:19:00 CRI Cetak

Transformasi ekonomi China bakal memberikan manfaat dan membuka peluang baharu kepada negara-negara di rantau Asia Tenggara.

Demikian dinyatakan oleh wakil kanan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Indonesia, Benedict Bingham dalam temu bual dengan wartawan baru-baru ini.

Menurut beliau, ekonomi China sedang mengalami transformasi dalam pertumbuhan yang perlahan, namun lebih mampan dan konsisten.

Dalam pada itu, penggunaan dan perkhidmatan bakal menjadi penggerak utama kepada ekonomi China yang sebelum ini lebih bergantung pada pelaburan dan industri pembuatan.

Ketika menyentuh peluang baharu yang boleh dimanfaatkan daripada transformasi ekonomi China, Bingham berkata, ekonomi China akan memberikan tumpuan kepada sektor perkhidmatan pada masa akan datang.

Oleh itu, kelompangan dalam sektor perindustrian tradisional akan membuka peluang kepada pelbagai negara ASEAN, termasuk Indonesia.

Di samping itu, perbelanjaan pengguna yang semakin meningkat bakal menyediakan lebih banyak peluang perniagaan kepada syarikat-syarikat Asia Tenggara daripada sektor pembuatan makanan dan pelancongan.

Selain itu, transformasi ekonomi juga akan membawa perubahan kepada corak pelaburan China, iaitu peralihan daripada model "membina pangkalan eksport untuk menarik pelaburan langsung asing" kepada "membina pangkalan melalui pelaburan langsung asing di seberang laut".

Dalam konteks ini, negara-negara ASEAN dijangka menjadi "destinasi berdaya tarikan" bagi pelabur China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China