Cari:
Malaysia Cadang Tubuh Agensi Berita ASEAN
2016-04-07 14:54:55 CRI Cetak

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak mencadangkan penubuhan Agensi Berita ASEAN untuk memastikan liputan media dijalankan secara telus dan jujur terhadap isu-isu sensitif serantau, khususnya yang berkaitan dengan pertikaian sempadan, kedaulatan negara dan pertahanan, sekali gus meningkatkan kerjasama serantau dalam pelbagai bidang sejajar dengan semangat Komuniti ASEAN.

Semasa berucap merasmikan Sidang Kemuncak Editor ASEAN 2016 pada 5 April lalu, Salleh berkata, hampir 1,500 organisasi media dalam negara anggota ASEAN sering berdepan dengan isu rentas sempadan yang mempunyai kaitan dengan keselamatan dan kedaulatan negara, dan isu terbabit perlu ditangani dengan jujur dan telus bagi mengelakkan sebarang konflik di peringkat serantau dan global menjadi semakin rumit.

Sesi perbincangan yang diadakan dalam tempoh sidang selama dua hari itu turut memperincikan butiran penubuhan Agensi Berita ASEAN, termasuk lokasi ibu pejabat, cara operasi dan sumber kewangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China