Cari:
Syarikat Penerbangan Patuh Syariah Pertama Malaysia Gantung Operasi
2016-04-11 14:37:28 CRI Cetak

Syarikat penerbangan tambang murah patuh syariah pertama Malaysia, Rayani Air yang baru beroperasi selama lebih 3 bulan telah mengumumkan penggantungan operasi sementara baru-baru ini.

Rayani Air telah tampil meminta maaf kepada semua penum­pangnya ekoran beberapa kesulitan yang dialami dan keputusan tersebut adalah untuk mengubah suai operasi pentadbiran syarikat itu. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, ­A. Ravi, keputusan itu dibuat disebabkan oleh beberapa masalah "teknikal".

Namun menurut media tempatan, penggantungan operasi tersebut mungkin mempunyai kaitan dengan pembayaran gaji pekerja yang masih tertunggak.

Beberapa juruterbang melancarkan mogok pada 8 April lalu kerana gaji mereka masih belum dibayar dan mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga penerbangan terpaksa dibatalkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China