Cari:
Vietnam Kurangkan Keluasan Sawah
2016-04-11 14:28:43 CRI Cetak

Sidang ke-11 Perhimpunan Kebangsaan(NA) ke-13 Vietnam meluluskan resolusi untuk mengurangkan keluasan kawasan sawah padi sebanyak 270 ribu hektar dalam tempoh lima tahun akan datang.

Perhimpunan Kebangsaan Vietnam telah meluluskan rancangan penggunaan tanah tahun 2016-2020 dengan 86.64 peratus undi bersetuju pada 9 April lalu. Menurut rancangan itu, jumlah keluasan kawasan sawah padi di Vietnam akan dikurangkan kepada 3.76 juta hektar menjelang tahun 2020. Sebelum ini, Vietnam pernah merancang untuk mengurangkan keluasan kawasan sawah kepada 3.81 juta hektar. Keluasan kawasan sawah di Vietnam mencatat 4.03 juta hektar pada tahun lalu.

Jawatankuasa Tetap Perhimpunan Kebangsaan Vietnam menganggap bahawa berikutan pengaruh bencana kemarau dan banjir, kawasan pantai laut di kawasan tengah dan kawasan delta Sungai Mekong di selatan negara itu tidak lagi sesuai untuk penanaman padi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China