Cari:
13 Anggota Kumpulan Abu Sayyaf Ditembak Mati
2016-04-12 14:43:02 CRI Cetak

Menurut tentera kerajaan Filipina, pihaknya telah menembak mati 13 anggota kumpulan Abu Sayyaf di provinsi Basilan, selatan negara itu baru-baru ini. Lebih banyak anggota tentera kerajaan dihantar untuk terus memburu dan menangkap anggota kumpulan bersenjata tersebut.

Menteri Penerangan Jabatan Presiden Filipina, Herminio Coloma mendedahkan bahawa Menteri Pertahanan Filipina, Voltaire Gazmin dan Ketua Turus Agung Pasukan Bersenjata Filipina, Hernando Iriberri telah tiba di ibu pejabat daerah garisan tentera Mindanao Barat di bandar Zamboanga pada pagi 10 April lalu untuk meninjau operasi tentera itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China