Cari:
Malaysia, Singapura Meterai MoU Kerjasama Kereta Api Berkelajuan Tinggi Tahun ini
2016-04-13 10:40:33 CRI Cetak

Malaysia dan Singapura akan memeterai memorandum persefahaman (MoU) kerjasama kereta api berkelajuan tinggi pada pertengahan tahun ini.

Demikian dikatakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap merasmikan Invest Malaysia (IMKL2016) di Kuala Lumpur semalam. Menurut beliau, walaupun kerajaan telah mengurangkan perbelanjaan, namun program perkhidmatan awam yang memanfaatkan rakyat tidak akan terjejas.

Beliau berkata, projek-projek kereta api berkelajuan tinggi Malaysia-Singapura, Lebuh Raya Pan Borneo, MRT dan LRT Pengerang di Johor yang sedang diteruskan mengikut jadual merupakan sebahagian daripada pembangunan Malaysia pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China