Cari:
Thailand Tawar Peluang Pelaburan kepada China
2016-04-13 14:13:00 CRI Cetak

Satu perwakilan China yang terdiri daripada Majlis Promosi Kerjasama Selatan-Selatan (CPSSC) dan 18 anggota perusahaan baru-baru ini berkunjung ke Thailand untuk mengetahui lebih lanjut tentang iklim perniagaan dan pelaburan di negara itu.

Pengerusi CPSSC, Lv Xinhua yang mengetuai perwakilan tersebut berkata, haruslah diakui bahawa hakikat peluang perniagaan dalam pasaran domestik yang semakin berkurangan menggalakkan semakin banyak perusahaan China menembus pasaran luar negeri. Penanamam modal mereka mendapat respon yang positif di kalangan masyarakat tempatan disebabkan kelebihan perusahaan China yang berefisien dalam kapasiti pengeluaran membawa manfaat kepada ekonomi tempatan. Bagi memenuhi permintaan yang bakal meningkat, pihak China berhasrat memperluas kapasiti pengeluaran ke negara-negara lain.

Sebagai contoh, jumlah perdagangan dan pelaburan bilateral China-Thailand terus kekal pada tahap meloncat pada tahun-tahun kebelakangan ini. Ini terbukti menerusi pelbagai pencapaian tahun lalu termasuk China menjadi rakan dagang terbesar dan pasaran eksport terbesar kepada Thailand, dan menempatkan dirinya dalam kedudukan tangga keempat dalam pelaburan kepada negara itu. Oleh yang demikian, semakin banyak perusahaan China menunjukkan minat yang tinggi terhadap pasaran Thailand. Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Komunikasi Kebudayaan Feiya Shanghai Berhad, Puan Gao Hui optimis akan prospek pelaburan di Thailand, kerana negara itu menawarkan peluangan keemasan yang mencakupi 10 bidang, antaranya perkilangan, automotif, penerbangan, pertanian, sains dan teknologi (IT) dan lain-lain.

Memandangkan minat perusahaan China tersebut, kerajaan Thailand menyediakan beberapa dasar keutamaan, seperti mengurangkan atau membatalkan cukai pendapatan syarikat. Kementerian Perniagaan Thailand berharap agar negara itu dapat merupakan destinasi pelaburan yang paling ideal kepada perusahaan-perusahaan China. Selain merangsang kegiatan ekonomi yang berorientasikan eksport dalam bidang-bidang tradisional, negara gajah putih itu juga mahukan teknologi canggih China dapat diperkenalkan untuk membantu memantapkan asas ekonomi domestik dan mempelbagaikan sumber pertumbuhan dalam pasaran eksportnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China