Cari:
China Terus Tambah Air di Sungai Mekong
2016-04-13 13:17:25 CRI Cetak

China memutuskan terus menambah air di Sungai Mekong untuk membantu negara-negara di hilir Sungai Lancang-Sungai Mekong bermula 11 April.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media semalam mengatakan bahawa atas permintaan negara-negara di hilir Sungai Lancang-Sungai Mekong, kerajaan China membuka empangan stesen janakuasa hidroelektrik di Jinghong Sungai Lancang China untuk menambah air di Sungai Mekong dengan tidak menghiraukan kesukaran yang dihadapi China sendiri pada 15 Mac hingga 10 April. Tindakan China ini telah memainkan peranan yang positif dalam membantu negara-negara berkenaan untuk mengatasi bencana kemarau teruk dan turut mendapat pujian negara-negara terbabit dan masyarakat antarabangsa. Mempertimbangkan negara-negara tersebut akan meneruskan usaha mengatasi kemarau, China memutuskan untuk terus menambah air bermula 11 April sehingga musim kemarau berakhir. Jumlah air yang ditambah akan diubahsuai menurut aliran air di hulur sungai dan keperluan sebenar negara-negara di hilir sungai.

Menurut Lu Kang, air yang dibekalkan oleh China sebanyak dua kali tersebut adalah air simpanan dalam loji janakuasa hidroelektrik China ketika jumlah air Sungai Lancang banyak pada masa dulu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China