Cari:
Pembaikpulihan Lapangan Terbang di Pulau Zhongye Perlihatkan Sikap Hipokrasi Filipina
2016-04-13 14:31:50 CRI Cetak
Pembaikpulihan lapangan terbang yang dijalankan Filipina di Pulau Zhongye memperlihatkan sikap hipokrasi negara itu. Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media semalam sekali lagi menggesa Filipina menghentikan sebarang tindakan yang mencabuli kedaulatan dan keutuhan wilayah serta hak dan kepentingan China. Lu Kang berkata, Kepulauan Nansha merupakan wilayah China sejak zaman purba, dan Pulau Zhongye adalah salah satu pulau di Kepulauan Nansha.

Lu Kang berkata, sejak tahun 1970an, Filipina mengambil langkah keras untuk menduduki secara haram beberapa pulau dan terumbu China serta membina rumah dan menempatkan kemudahan ketenteraan di atasnya. Langkah Filipina itu telah melanggar undang-undang antarabangsa dan norma asas hubungan antarabangsa termasuk Piagam PBB. Filipina pada satu pihak menyatakan bahawa pihaknya membawa pertikaian di Laut China Selatan ke tribunal timbang tara antarabangsa bukan bertujuan untuk menyelesaikan masalah kedaulatan wilayah, pada pihak yang lain pula membaikpulihkan lapangan terbang di pulau Zhongye China demi memperkukuh kedudukannya terhadap wilayah China dan berniat menghalalkan tindakannya melalui keputusan tribunal timbang tara. Kesemua ini memperlihatkan sikap hipokrasi Filipina dan membuktikan tindakan Filipina yang membawa pertikaian di Laut China Selatan ke tribunal timbang tara merupakan provokasi politik.

Lu Kang menyatakan bahawa China menggesa Filipina agar menghentikan semua tindakan haram tersebut dan kembali ke meja rundingan dua hala untuk menyelesaikan pertikaian berkenaan dengan seawal mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China