Cari:
China, Malaysia Tubuh "Perikatan Pelabuhan"
2016-04-13 15:37:59 CRI Cetak

Menurut laporan South China Morning Post, akhbar Hong Kong, sebagai sebahagian usaha bagi menubuhkan semula Laluan Sutera, China dan Malaysia akan menubuhkan "Perikatan Pelabuhan" untuk menggalakkan perdagangan melalui pengurangan rintangan kastam kedua-dua pihak.

Duta Besar China di Malaysia, Huang Huikang berkata, "Perikatan Pelabuhan" bukan sahaja akan menjadi jaringan maritim antara China dan Malaysia, malah merapatkan hubungan perdagangan dan pelancongan kedua-dua pihak.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato' Liow Tiong Lai pula menyatakan bahawa Melaka merupakan pelabuhan penting dalam Laluan Sutera pada zaman purba. Melaka akan dibina menjadi pelabuhan yang paling besar di rantau ini menjelang 2025.

Menurut "Perikatan Pelabuhan" tersebut, hubungan kerjasama akan dijalinkan antara 10 buah pelabuhan China termasuk Dalian, Shanghai, Ningbo, Qinzhou dan Guangzhou dengan 6 buah pelabuhan Malaysia termasuk Klang, Melaka, Pulau Pinang, Johor, Kuantan dan Bintulu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China