Cari:
A.Samad Said Lawat Universiti Pengajian Bahasa Asing Guangdong
2016-04-14 11:54:45 CRI Cetak

Sasterawan yang terkenal Malaysia, A. Samad Said dan isterinya Rashidah Binti MD Dahan telah melawat Universiti Pengajian Bahasa Asing Guangdong(GDUFS) selain menghadiri majlis mempromosi karya beliau dan mengikat kontrak berhubung penterjemahan karya beliau.

Yang turut menghadiri majlis tersebut termasuk Naib Presiden Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia(PERSPEKTIF), Chan Yong Sin, Konsul Malaysia di Guangzhou China, E Kim Tien, pemimpin GDUFS serta pensyarah dan pelajar dari jurusan bahasa Melayu universiti tersebut.

A Samad Said telah mengucapkan terima kasih kepada GDUFS atas layanan mesra dan beliau yakin bahawa GDUFS pasti akan memberi sumbangan yang lebih besar terhadap pertukaran dan perkenalan kebudayaan antara China dengan Malaysia.

A Samad Said turut menandatangani perjanjian penterjemahan sebuah novel beliau dengan Ketua Pengarah Jurusan Bahasa Melayu GDUFS, Tan Xiao dalam majlis tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China