Cari:
Joko Widodo Ditemui Menteri Jabatan Perhubungan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China
2016-04-14 11:58:28 CRI Cetak

Presiden Indonesia, Joko Widodo telah ditemui Menteri Jabatan Perhubungan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Komunis China, Song Tao petang semalam.

Song Tao telah menyampai salam mesra Presiden China Xi Jinping kepada Joko Widodo, dan menyatakan bahawa China dan Indonesia merupakan negara membangun yang penting. Perkembangan hubungan dua hala yang sihat selaras dengan kepentingan bersama kedua-dua negara, malah bermanfaat bagi keamanan dan kestabilan serantau. China bersedia untuk terus meningkatkan kesalingpercayaan politik dengan Indonesia, menyelaraskan strategi pembangunan, menggalakkan pertukaran dan kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.

Joko Widodo pula menyampaikan salam kepada Presiden Xi dan menyatakan bahawa Indonesia sentiasa mengambil berat terhadap hubungan dengan China. Pihaknya bersedia terus memperhebatkan komunikasi dengan China, meningkatkan kerjasama pragmatik untuk mewujudkan situasi saling menguntungkan dan menang-menang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China