Cari:
Lebih 200 Ribu Pelancong China Sertai Pesta Songkran di Thailand
2016-04-15 13:37:34 CRI Cetak

Pengurus Bahagian Perniagaan Produk Pelancongan Jabatan Pelancongan Negara Thailand, Visanujaroensilp ketika diwawancara wartawan menyatakan bahawa seramai 495 ribu orang pelancong asing menyambut Pesta Songkran di Thailand pada tahun ini, kira-kira separuh antara mereka adalah pelancong dari China.

Menurut maklumat dari Pejabat Jabatan Pelancongan Negara Thailand di Kunming, provinsi Yunnan China, jumlah pelancong China ke Thailand pada 2015 telah mencatat rekod baharu, iaitu lebih 7.93 juta orang yang meningkat 91.62% berbanding masa yang sama 2014. Angka tersebut dijangka mencecah 8.2 juta orang pada tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China