Cari:
Najib: Pembaharuan Ekonomi Malaysia Berkesan
2016-04-15 14:50:54 CRI Cetak

Pencapaian ekonomi Malaysia membuktikan bahawa model ekonomi baharu dan rancangan pembaharuan ekonomi yang dilaksanakan sejak 2010 adalah berkesan. Pelabur asing membeli saham Malaysia bernilai RM5.5 bilion pada suku pertama tahun ini.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Invest Malaysia 2016 di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, ringgit merupakan mata wang yang mencatat prestasi terbaik di Asia setakat ini tahun ini. Walaupun menghadapi situasi mata wang yang kurang stabil dan kemerosotan ekonomi global, namun lebihan dagangan Malaysia naik kepada RM7.5 bilion pada Februari berbanding RM5.4 bilion pada Januari, menjadikannya bulan ke-220 lebihan dagangan sejak November 1997.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China