Cari:
China: Kerjasama Ketenteraan Dua Hala Diharap Jangan Sasarkan Negara Ketiga
2016-04-15 11:55:22 CRI Cetak

Biro Penerangan Kementerian Pertahanan Negara China menyatakan bahawa rondaan bersama Amerika Syarikat dan Filipina di kawasan perairan Laut China Selatan telah meningkatkan kegiatan penenteraan dan tidak berfaedah kepada kedamaian dan kestabilan serantau. China menggesa pihak-pihak berkenaan jangan menyasarkan dan menjejaskan kepentingan pihak ketiga ketika menjalankan kerjasama ketenteraan dua hala. Pihak tentera China akan memantau aktiviti ketenteraan berkenaan di samping memelihara dengan tegas kedaulatan dan keutuhan wilayah serta hak dan kepentingan maritim China.

Ketika memberi ulasan mengenai AS akan menempatkan jet pejuang di Filipina bermula minggu ini dan kedua-dua negara itu telah melancarkan latihan ketenteraan bersama baru-baru ini, Jabatan China tersebut menyatakan bahawa AS dan Filipina memperkukuh hubungan persekutuan ketenteraan dengan langkah tersebut tidak berfaedah kepada keamanan di Laut China Selatan. China menggesa pihak-pihak terbabit benar-benar menghormati usaha memelihara kedamaian dan kestabilan serantau yang dijalankan negara di rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China