Cari:
Delegasi CPSSC Melawat Perhimpunan Pengusaha Tionghua Indonesia
2016-04-15 13:00:01 CRI Cetak

Pengerusi Majlis Promosi Kerjasama Selatan-Selatan (CPSSC) China, Lyu Xinhua mengetuai delegasi yang terdiri daripada 39 orang telah melawat Perhimpunan Pengusaha Indonesia Tionghoa (PERPIT) dan mengadakan seminar dengan usahawan Indonesia semalam.

Dalam seminar itu, Lyu Xinhua menyatakan bahawa tujuan lawatan delegasi China kali ini adalah untuk meninjau suasana pelaburan dan mendapat maklumat tentang permintaan pasaran Indonesia bagi membantu syarikat China yang bakal melabur di Indonesia.

Naib Pengerusi PERPIT, Zhang Jinxiong berharap kerajaan dan syarikat China lebih banyak mengambil bahagian dalam pembinaan infrastruktur bahkan pelbagai bidang dalam pembangunan ekonomi Indonesia, agar memacu peningkatan taraf pengindustrian Indonesia dan memanfaatkan rakyat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China