Cari:
Pameran Perdagangan Canton ke-119 Menarik Minat Negara-negara ASEAN
2016-04-16 14:50:53 CRI Cetak

Pameran Import dan Eksport China (Canton) ke-119 sedang berlangsung di Guangzhou China. Syarikat-syarikat dari Malaysia, Indonesia dan Vietnam telah menyewa gerai pameran di ruangan pameran produk import untuk memaparkan produk-produk keluaran setempat yang merangkumi perkakas elektrik kegunaan rumah, alat ganti perindustrian dan bahan pembinaan untuk meneroka pasaran di China.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerjasama perdagangan China-ASEAN semakin meningkat. China merupakan rakan dagang terbesar bagi ASEAN, manakala ASEAN adalah pasaran eksport keempat terbesar dan destinasi import kedua terbesar bagi China. Jumlah perdagangan kedua-dua pihak mencatat USD 472.1 bilion pada tahun 2015, serentak itu pelaburan antara satu sama lain mencecah USD 156.4 bilion.

Ketua Eksekutif Majlis Perniagaan China-ASEAN, Xu Ningning sebelum ini menyatakan bahawa perdagangan China-ASEAN terus meningkat, prestasi ekonomi ASEAN pada tahun 2016 dijangka akan lebih baik berbanding tahun 2015.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China