Cari:
Singapura, Thailand Diundang Jadi Pemerhati Rondaan di Laut Sulu
2016-04-19 14:45:24 CRI Cetak
Malaysia bercadang untuk mengundang Singapura dan Thailand untuk menjadi pemerhati bagi rondaan keselamatan di Laut Sulu.

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengutarakan cadangan itu kepada rakan sejawatnya dari Singapura, Dr Ng Eng Hen dalam pertemuan dua hala di Kuala Lumpur semalam.

Hishammuddin berkata, sebelum ini Malaysia pernah bekerjasama dengan Singapura dan Thailand dalam pemantauan keselamatan di Selat Melaka. Oleh itu, beliau percaya pendekatan ini boleh dilaksanakan berdasarkan pengalaman yang dimiliki oleh kedua-dua negara tersebut.

Sekiranya cadangan rondaan dengan Filipina, Indonesia dan Brunei dengan Singapura dan Thailand sebagai pemerhati berjaya dilaksanakan, usaha tersebut akan menjadi sumbangan besar Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia terhadap keselamatan di Laut Sulu.

Sabtu lalu, Hishammuddin mengemukakan cadangan kepada Menteri Pertahanan Filipina, Indonesia dan Brunei berhubung dengan rondaan dan pemantauan udara bersama negara-negara jiran bagi menangani kes lanun dan penculikan di kawasan perairan Laut Sulu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China