Cari:
Christoph Mueller Letak Jawatan CEO Malaysia Airlines
2016-04-20 14:46:17 CRI Cetak

Malaysia Airlines Berhad (MAB) mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusannya, Christoph Mueller akan meninggalkan syarikat itu pada September 2016, lebih awal daripada kontrak tiga tahunnya berakhir pada 1 Mei 2018.

Menurut kenyataan MAB semalam, ini adalah permintaan Mueller sendiri atas sebab-sebab peribadi. Beliau akan terus kekal berkhidmat dalam tempoh notis enam bulan hingga September 2016.

Lembaga Pengarah MAB dilaporkan telah memulakan pencarian CEO baharu dengan menilai calon-calon yang berpotensi sama ada dari dalam atau luar syarikat.

Pengerusi MAB, Tan Sri Md Nor Yusof berkata, pihaknya amat kecewa atas kehilangan Mueller sebagai CEO, namun syarikat memahami dan menghormati keperluan beliau ketika mengambil keputusan tersebut.

Bagi pihak Lembaga Pengarah, pihak pengurusan dan kakitangan, beliau mengucapkan terima kasih kepada Mueller atas sumbangan besar beliau terhadap penstrukturan semula Malaysia Airlines sehingga meletakkan syarikat itu di landasan yang betul.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China