Cari:
Mozambique, Afrika Selatan Bantu Cari MH370
2016-04-22 15:05:07 CRI Cetak

Kerajaan Mozambique dan Afrika Selatan bersetuju membantu meneruskan misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 di perairan kedua-dua negara itu.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pasukan daripada kedua-dua negara tersebut akan membantu mencari dan memaklumkan kepada Malaysia jika lebih banyak serpihan dijumpai.

Menurutnya, jika lebih banyak serpihan pesawat itu ditemukan, kerajaan akan menghantar pasukan mencari ke negara berkenaan, dan membantu pasukan membuat analisis bagaimana pesawat MH370 itu terhempas.

Beliau turut mengakui dua serpihan yang ditemukan di Mozambique baru-baru ini hampir pasti milik pesawat MH370, seperti yang dinyatakan oleh Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Australia, Darren Chester, semalam.

Liow memberitahu bahawa penemuan kedua-dua serpihan itu juga mengukuhkan lagi teori yang pesawat malang itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China