Cari:
Su Kyi Bentangkan Dasar Luar Myanmar kepada Diplomat Asing
2016-04-23 15:02:58 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Menteri Luar Myanmar, Aung San Su Kyi semalam mengadakan pertemuan dengan 63 orang diplomat negara asing di Nay Pyi Taw, ibu negara Myanmar untuk membentangkan dasar luar kerajaan baharu.

Inilah kali pertama Aung San Su Kyi mengadakan pertemuan dengan pelbagai diplomat negara asing di Myanmar sejak beliau menyandang jawatan menteri luar negara itu.

Su Kyi dalam sidang media selepas pertemuan tersebut menyatakan bahawa Myanmar akan mengamalkan dasar luar yang berteraskan pertukaran dan intekrasi antara kalangan rakyat. Beliau berkata, Myanmar perlu menyahut cabaran yang diakibatkan oleh faktor geografi yang berkaitan dengan lokasinya terletak di sambungan Asia Tenggara dengan Asia Selatan, dan berusaha mencipta peluang pembangunan.

Beliau menambah bahawa kemajuan tidak akan dicapai dalam pertumbuhan sosioekonomi Myanmar, satu negara yang masih kurang kuat, tanpa penglibatan rakyat yang kebergantungannya amat diutamakan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China