Cari:
China, Kemboja Capai Konsensus Penting Berhubung Isu Laut China Selatan
2016-04-23 15:47:33 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Kemboja, Prak Sokhon di Kemboja pada 22 April lalu.

Wang Yi dalam sidang media selepas pertemuan tersebut menyatakan bahawa China dan Kemboja telah bertukar-tukar pendapat mengenai situasi di perairan Laut China Selatan pada ketika ini. Kemboja menyokong pendirian dan prinsip China dalam isu Laut China Selatan.

Kedua-dua pihak telah mencapai konsensus penting seperti yang berikut.

Pertama, menghormati hak yang dinikmati oleh negara-negara berdaulat dan negara-negara pemeterai Konvensyen Undang-Undang Maritim PBB untuk memilih saluran penyelesaian pertikaian berkenaan. Kedua, agensi kehakiman dan timbang tara antarabangsa patut menghormati kenyataan yang bersifat pengecualian yang dikeluarkan oleh pelbagai negara terlibat berdasarkan fasal ke-298 Konvensyen Undang-Undang Maritim PBB. Ketiga, menyokong negara-negara terlibat mematuhi peraturan dalam Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) agar pertikaian kedaulatan wilayah dan maritim dapat diselesaikan melalui saluran damai. Keempat, memperkukuh kesalingpercayaan dan memperkasakan kerjasama demi kedamaian dan kestabilan di perairan Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China