Cari:
Delegasi Xinjiang Lawat Indonesia
2016-04-26 14:47:37 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Delegasi Jabatan Perdagangan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China yang terdiri daripada 15 peserta melawat ke Perhimpunan Pengusaha Tionghoa Indonesia (PERPIT) dan mengadakan temu bual dengan usahawan Indonesia semalam.

Naib Presiden PERPIT, Teddy Sugianto menyatakan bahawa kerajaan dan syarikat-syarikat China diharap dapat aktif terlibat dalam pembinaan infrastruktur, malah menyertai pembangunan ekonomi Indonesia dengan memanfaatkan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB), Tabung Laluan Sutera, dan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21.

Ketua Pengarah Jabatan Perdagangan Xinjiang, He Xuanming menyatakan bahawa Xinjiang mempunyai lebih 10 juta penduduk yang beragama Islam, maka kerjasama antara Xinjiang dengan Indonesia dalam industri pemprosesan makanan dan perdagangan amat berpotensi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China