Cari:
Empat Konsensus Isu Laut China Selatan Dicapai
2016-04-26 14:55:46 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Empat konsensus berhubung dengan isu Laut China Selatan berjaya dicapai antara China dengan Brunei, Kemboja dan Laos dalam tempoh lawatan rasmi Menteri Luar China, Wang Yi di ketiga-tiga negara tersebut pada 20 hingga 24 April lalu.

Konsensus tersebut merupakan prinsip asas dalam penyelesaian isu Laut China Selatan.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media di Beijing semalam.

Keempat-empat konsensus tersebut adalah seperti yang berikut:

Pertama, China dan ketiga-tiga negara itu bersependapat bahawa pertikaitan berkaitan beberapa pulau dan terumbu karang di Kepulauan Nansha bukanlah masalah antara China dengan pertubuhan ASEAN, dan hal ini tidak akan menjejaskan hubungan China-ASEAN.

Kedua, China dan ketiga-tiga negara tersebut bersependapat untuk menghormati hak yang dimiliki oleh negara-negara yang terlibat untuk memilih saluran bagi menyelesaikan isu Laut China Selatan berdasarkan undang-undang antarabangsa.

Ketiga, China dan ketiga-tiga negara tersebut bersependapat bahawa pertikaian hak dan kepentingan wilayah dan maritim berkenaan harus diselesaikan oleh negara-negara yang terlibat terus melalui dialog dan rundingan mengikut fasal keempat Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC).

Keempat, China dan ketiga-tiga negara tersebut bersependapat bahawa China dan negara-negara anggota ASEAN mampu menjaga kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan melalui kerjasama. Negara-negara di luar rantau ini patut memainkan peranan yang positif, bukannya negatif.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China