Cari:
CCB Sediakan Bantuan Kewangan untuk Projek B&R
2016-04-26 13:29:26 CRI Cetak
China Construction Bank (CCB) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan International Enterprise Singapore (IE) semalam.

CCB akan menyediakan sokongan dana sebanyak SGD 30 bilion (RM 87.17 bilion) kepada syarikat China dan Singapura yang berdaftar di Singapura bagi pembinaan infrastruktur dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Pengerusi CCB, Wang Hongzhang menyatakan bahawa pihaknya akan memberikan sokongan profesional kepada syarikat kedua-dua negara bagi menjayakan projek pembinaan infrastruktur dalam inisiatif B&R.

Ketua Pengarah IE, Lim Mos Wong pula berkata, kerjasama antara IE dengan CCB akan memperkukuh urusan-urusan yang berkaitan dengan pembiayaan, sekali gus menggalakkan lebih banyak projek dijalankan dengan lancar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China