Cari:
Mesyuarat Pegawai Kanan China-ASEAN ke-22
2016-04-26 14:59:45 CRI Cetak

Mesyuarat Pegawai Kanan China-ASEAN ke-22 bakal diadakan di Singapura pada 27 dan 28 April ini. Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin dan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura, Chee Wee Kiong akan bersama-sama mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalama sidang akhbar semalam.

Menurutnya, mesyuarat pegawai kanan China-ASEAN adalah antara mekanisme mesyuarat tahunan terpenting mengenai urusan ASEAN antara kementerian luar China dengan 10 buah negara anggota ASEAN.

Mesyuarat tahun ini akan memberikan tumpuan kepada kaedah menggalakkan hubungan China-ASEAN dan mengintensifkan kerjasama rantau Asia Timur, selain membuat persiapan sempena Sidang Kemuncak Ulang Tahun ke-25 Terjalinnya Hubungan Dialog China-ASEAN.

Dalam tempoh mesyuarat tersebut juga, Mesyuarat Pegawai Kanan Pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DoC) kali ke-11 turut diadakan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China