Cari:
Mesyuarat ke-5 Mekanisme Dialog Peringkat Naib Perdana Menteri China-Indonesia
2016-04-27 11:12:23 CRI Cetak

Mesyuarat ke-5 Mekanisme Dialog Peringkat Naib Perdana Menteri China-Indonesia diadakan di Beijing semalam.

Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi dan Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum, dan Keamanan Indonesia, Luhut Panjaitan bersama-sama mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Yang Jiechi berkata, hubungan China-Indonesia kian rapat dan kedua-dua negara mengekalkan interaksi peringkat tinggi yang baik, sekali gus mendorong kerjasama dalam pelbagai bidang dan saling memberikan sokongan dalam isu-isu antarabangsa.

Beliau berkata, kedua-dua negara perlu mengintensifkan kerjasama keselamatan dan mempergiat kerjasama pragmatik bagi menggalakkan hubungan perkongsian strategik komprehensif China-Indonesia.

Luhut Panjaitan pula berkata, pihaknya komited memperkukuh kerjasama dengan China dalam bidang politik, ekonomi dan perdagangan serta keselamatan agar mengeratkan lagi hubungan dua hala.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China