Cari:
Li Keqiang Ditemui Delegasi Indonesia
2016-04-28 11:42:30 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang ditemui Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia, Luhut Panjaitan yang menghadiri Mesyuarat ke-5 Mekanisme Dialog Peringkat Naib Perdana Menteri China-Indonesia di Beijing semalam.

Li Keqiang telah menyanjung trend perkembangan hubungan China-Indonesia yang kian akrab.

Menurut Li, China dan Indonesia merupakan negara membangun dengan populasi yang tinggi. Kedua-dua negara mempunyai kepentingan bersama yang meluas dan saling melengkapi.

Pembangunan hubungan dua hala yang sihat dan stabil bukan sahaja bermanfaat bagi hubungan China-ASEAN, malah menunjukkan isyarat perdamaian bagi keamanan serantau dan merupakan penggalak yang baik bagi pertumbuhan ekonomi Asia.

Li menambah, kedua-dua negara perlu mengintensifkan interaksi pelbagai peringkat, meningkatkan kepercayaan politik, mendorong kerjasama keselamatan dan politik, dan mempergiat kerjasama pragmatik bagi menggalakkan hubungan perkongsian strategik komprehensif China-Indonesia.

Luhut Panjaitan berkata, Indonesia memandang China sebagai rakan kerjasama yang paling penting. Pihaknya komited memperkukuh kerjasama dengan China dalam bidang politik, ekonomi dan perdagangan serta keselamatan bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China