Cari:
Kemarau di Asia Tenggara
2016-04-28 15:05:47 CRI Cetak

Pelbagai negara di rantau Asia Tenggara mengalami penderitaan akibat kemarau yang serius baru-baru ini sehingga kehidupan rakyat terjejas.

Kerajaan negara-negara terbabit sedang mengambil pelbagai tindakan untuk menangani bencana kemarau.

Menurut statistik rasmi Kemboja, terdapat 18 provinsi di negara itu kekurangan bekalan air disebabkan kemarau.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen berkata, rangka kerja bekalan air akan ditetapkan untuk menjamin keperluan rakyat.

Tambah beliau, walaupun keadaan darurat tidak diumumkan pada masa ini, namun semua rakyat harus memberikan sumbangan untuk mengatasi bencana tersebut.

Selain itu, beberapa kawasan pertanian di utara, timur laut dan tengah Thailand menghadapi masalah kekurangan air yang serius.

Kemarau tersebut mempengaruhi pengeluaran beras di Thailand, Vietnam dan lain-lain secara langsung dan terdapat kebimbangan kenaikan harga beras Thailand.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China